Pada 25hb Oktober, ketika orang masih sibuk berhari raya, aku ke UM untuk mengikuti seminar syair Melayu. Seminar hari itu tertumpu kepada kemerduan lagu-lagu syair. Beberapa orang pendendang syair telah didatangkan khas untuk memperdengarkan suara mereka yang merdu.(tidak termasuk aku, barangkali kerana suaraku tidak merdu)
Baguslah kalau ada pihak yang bersungguh-sungguh. Selama ini aku buat kerja bersyair ini secara sendiri-sendiri. Karang sendiri, baca sendiri, rakam lagu syair sendiri, duit pun keluar sendiri.
Kuucapkan selamat maju jaya kepada pihak yang sedang berusaha untuk melestarikan warisan budaya. Jangan hanya menumpukan perhatian kepada irama. Yang lebih penting ialah isi yang hendak disyairkan kerana aku tak percaya orang-orang dahulu pergi mendengar pembacaan syair (yang kononnya diadakan berhari bermalam) kerana hendak mendengar lagunya. Mereka hendak mendengar cerita. Dan sekarang, kalau warisan ini mahu dipertahankan, kita tidak boleh lagi mendendangkan syair-syair lama seperti Siti Zubaidah dan Dandan Setia. Kita mesti karang syair-syair baru dan gunakan syair untuk memperkatakan hal-hal yang relevan dengan isu semasa.
Untuk pengunjung-pengunjung blog silalah dengan syair ini:
Dengarlah tuan syairnya saya Syair dikarang di musim raya Sungguh meriah bersuka ria Orang kita pandai bergaya Ke kampung halaman kita pun pulang Sanak saudara tandang bertandang Orang tua tersenyum senang Budah-budak ketawa riang Di tanah air yang indah ini Banyak raya setahun sekali Raya china dan deepavali Begitu juga Adilfitri Di musim orang beraya sakan Izinkan hamba berkhayal-khayalan Apa terjadi jika ketiga perayaan Disambut sekali sebulan Deepavali hari besar Pekedai buku tentulah sukar Takut lumpuh syarikat akhbar Orang India jadi pengedar Kalau raya china sekali sebulan Semakin teruk keadaan Di pasar tak ada sayur dan ikan Takut-takut mati tak makan Aidilfitri kalau disambut Tentu tak ada orang merungut Apa dijual habis diangkut Banyak untung boleh dikaut Bila Melayu berhari raya Penuh sesak pasaraya Orang kita suka bergaya Orang lain kaya raya Bengkel kereta banyak pelanggan Kereta berlanggar sepanjang jalan Bertambah hasil kerajaan polis, jpj banyak kutipan Lemang dan daging bersambung-sambung Kuih manis bertong-tong Darah tinggi naik melambung Klinik swasta kaut untung Main mercun putus jari Kemalangan maut setiap hari Apakah ini budaya dan tradisi Bangsaku memusnahkan diri sendiri
Continue reading
Related from the journal
Rostrum Ironi – Kritikan Kepalsuan Manusia
Huraian Sajak “Rostrum Ironi” Sajak bertajuk “Rostrum Ironi” karya Raihani Mohd. Saaid merupakan sebuah kritikan sosial yang mendalam terhadap pelbagai isu yang berlaku dalam kehidupan moden, terutama berkaitan…
Buku Terlaris di Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2024
Alhamdulillah, perjalanan saya sebagai seorang penulis terus diberkati dengan sokongan pembaca yang tidak putus-putus. Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2024 yang berlangsung baru-baru ini memberikan peluang besar untuk…
Tiga Hari Penuh Makna di Tanjung Malim: Menghargai Karya Seni dan Legasi Budaya
Tanjung Malim, sebuah bandar kecil yang terletak di negeri Perak, Malaysia, mungkin tidak sepopular destinasi pelancongan utama lain di negara ini. Namun, di sinilah berlangsungnya acara budaya yang…