MAJLIS PENGANUGERAHAN 26HB. APRIL 2016, DI HOTEL MARRIOT PUTRAJAYA.
Ke-13;
bin Yaapar,
sekalian.
maha esa yang memakbulkan doa sekalian hamba-Nya. Dialah yang menentukan dan
mengurniakan kelebihan mengikut ketetapan.
madah mungkin diungkap namun tirai rasa tak mungkin disingkap.
kepada Kerajaan Malaysia yang telah mengwujudkan Anugerah tertinggi di bidang
sastera ini. Terima kasih yang khas ingin saya sampaikan kepada DYMM Seri
Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong kerana sebenarnya Tuanku sendiri ialah
sumber yang menyubur dan memperkaya semangat saya dalam mengharungi dunia
sastera. Izinkan saya menceritakan peristiwa puluhan tahun yang lalu yang
selamanya dikenang dan kini kembali berkembang. Semasa saya masih di Tingkatan
5, Tuanku telah membuat lawatan ke sekolah saya iaitu Sekolah Menengah Sultanah
Asma, Alor Setar, Kedah. Seorang guru yang mengetahui minat dan kegiatan saya telah mencadangkan supaya saya
mengumpul sajak-sajak saya yang kemudian disusun menjadi album dan dihias
cantik oleh guru tersebut yang juga merupakan seorang pelukis negeri Kedah
bernama Cikgu Saidin Yahaya.
tersebut. Saya menunggu dengan debaran
dan penuh harapan. Setelah itu, Cikgu Saidin memberitahu di hadapan sekumpulan
guru dan pelajar yang Tuanku telah menatap album tersebut dan menatap
sajak-sajak di dalamnya. Menurut Cikgu Saidin, Tuanku Sultan bertitah memuji
sajak di dalamnya dengan kata-kata “Bagusnya budak sekolah ini boleh menulis
sajak”. Titah itu sangat besar ertinya bagi patik. Ia telah meninggalkan kesan
yang amat positif. . Sesungguhnya baginda telah menyemarakkan semangat saya
untuk membaja dan menyiram benih-benih puisi yang baru belajar bertunas di
bendang hati pada ketika itu.
kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmat-Nya saya dapat
berada dalam majlis yang gilang-gemilang dan penuh bermakna ini. Setinggi-tinggi
terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang telah bekerja keras bagi
memungkinkan keberadaan dan kegemilangan ini. Rasa terhutang budi khasnya
kepada mereka yang memilih saya bagi menerima
pengiktirafan ini dan terima kasih kepada semua penerbit yang pernah
menerbitkan karya saya termasuklah Dewan Bahasa dan Pustaka, Institut
Terjemahan dan Buku Malaysia, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Penerbit
Pekan Ilmu dan penerbit terawal, iaitu USM Press. Sesungguhnya banyak pihak telah
membantu dan memainkan peranan masing-masing sehingga saya dapat berdiri di
hadapan hadirin pada malam bersejarah ini.
gambaran sebahagian daripada liku-liku perjalanan yang ditempuhi oleh seorang anak
perempuan yang mengatur langkah di jalan sastera. Ia disebut di majlis yang
permai ini sesuai dengan kedudukan diri sebagai wanita pertama yang dianugerahi
gelaran Sasterawan Negara, sesuatu yang ditunggu dan tidak kurang juga
dipersoalkan sejak lama. Sesungguhnya mencari tapak berpijak sebagai pengarang
wanita hampir 40 tahun yang lalu bukanlah mudah. Saya berhadapan dengan latar
masa dan budaya yang berbeza yang mungkin tidak dikenali lagi pada hari ini.
Saya mula mencintai buku dan penulisan sejak 40 tahun yang lalu, ketika orang
tua-tua masih bertengkar adakah wajar membenarkan anak perempuan belajar di
sekolah menengah yang semuanya jauh di bandar.
memberikan pertolongan-Nya, mengurniakan hidayah dan sifat tabah sehingga
dapatlah hambanya mengunyah yang payah. Selangkah demi selangkah dapatlah saya
merentas jalan sukar mengharung semak belukar.
tahun-tahun yang lalu ketika mula menjejakkan kaki di laman seni. Pada masa itu
kami memandang kepada pengarang yang sedang giat berkarya seperti Pak Sako atau
Ishak Haji Muhammad, A. Samad Ismail, Keris Mas, Usman Awang, A. Samad Said,
Salmi Manja, dan Adibah Amin. Nama-nama inilah yang kami genggam dalam ingatan
sebagai idola dan sumber kekaguman.
semua orang boleh menjadi pengarang. Setiap saat akan terbit karya secara
cetakan atau melalui dunia maya. Hal ini merupakan suatu kelebihan. Ada yang
berbakat dan mudah untuk mengasah bakat mereka. Ada yang menyedari bakat dan
kelebihan diri lalu beraksi dengan bangga.
memartabatkan bahasa
royalti
mana-mana. Penerbit tumbuh dengan kepelbagaian idea dan gaya.
subur dan segar. Alhamdulillah jika itu sudah rezeki pemberian Ilahi.
Antara penulis ini ada yang
memperlihatkan bakat dan keikhlasan. Hal ini amatlah dialu-alukan. Semua ini merupakan
satu keberuntungan, petunjuk bahawa tradisi pengucapan kreatif dan sastera Melayu semakin meningkat dan
berkembang maju.
depan. Janganlah mengesyaki bahawa telah
bersarang rasa iri hati kepada golongan
yang memperoleh rezeki.
berharap jadikanlah kepopularan diri untuk membawa rakan sebaya ke jalan hidup
berbudaya. Teruskanlah menghasilkan tulisan yang diikuti dan diminati untuk
membina angkatan generasi yang mempunyai kekuatan diri. Semoga bertambah
teguhlah kita sebagai bangsa berperibadi, beradat dan bertradisi.
mengutamakan tertib bahasa dan santun susila, membina kekuatan perbukuan dengan
nilai pemikiran, bukan semata-mata khayalan dan hiburan. Usahlah menambahkan calar
bahasa dengan celaru nahu, pulanglah mengenal aksara perjuangan nenek moyang.
Tataplah peta lama yang terpahat di
dinding rumah pusaka.
silam sebelum ia terpadam
mengutip kerdipan mutiara makna
tersulam dalam gurindam
berima
Tempat menyabung ayam berlaga
Bukan benda buat berniaga.
kebijaksanaan tradisi. Jadilah benteng yang memperteguh kota diri di kala
bahasa kita cuba dihakis dari kanan dan kiri. Semoga akan terlerai keserabutan
yang menyukarkan usaha merancang, membentuk dan membina perkembangan kebudayaan
yang diperlukan bagi menjamin kestabilan dan kelangsungan kita sebagai sebuah
negara yang aman.
pertumbuhan pendapatan, kemajuan prasarana fizikal, dan kecanggihan teknologi.
Kemajuan ditentukan oleh kemajuan jiwa
dan rohani yang membentuk watak dan akhlak. Kemajuan terhapus di tangan manusia
rakus dan politikus yang menikus. Pembangunan yang tidak seimbang tidak
menjamin keselesaan apabila jenayah membiak dan mengancam keselamatan.
Kebendaan memerangkap manusia dalam pencarian yang tidak bertemu kepuasan. Jika
Shakespeare mengatakan bahawa dunia sebuah pentas sandiwara, maka dunia masa
kini ialah sebuah pasar raya. Bumi dicakar luka, hutan-hutan diratah untuk
dibina rumah yang kemudian hampir habis direbut oleh hartawan hartanah sebelum
sempat dimiliki oleh anak negeri yang memerlukan bumbung untuk membina
keluarga. Sang spekulator yang mencari untung berkarung menolak anak-anak masa depan ke lorong-lorong dan
kolong lalu jenayah meningkat kerana mereka terpaksa menjadi ular dan lipan
untuk mencari makan.
penghargaan kepada suami saya Haji Mohamed Saaid Abdul Manap yang sanggup
menggalas pelbagai tugas demi memberikan masa dan peluang untuk saya menulis.
Saya juga mengenang jasa sasterawan sasterawan negara terdahulu yang telah
memandu arah tuju termasuk Usman Awang, Abdullah Husin, A.Samad Said dan
Shahnon Ahmad, dan semua pihak yang banyak berjasa dan tidak mungkin tersebut semuanya.
Allah sahajalah yang membalas kebaikan dan budi yang dicurahkan.
dua puisi:
taufik wal hidayah,
warahmatullahi wabarakatuh.
GAMBAR GAMBAR SEKITAR MAJLIS PENGANUGERAHAN 26HB. APRIL 2016, DI HOTEL MARRIOT PUTRAJAYA.

